welcome to this Mustache blog,have a good day!

Monday 16 January 2012

best friends .



Assalamualaikum kepada semua pemblogger-pemblogger,pengikut-pengikut, dan pembaca-pembaca blog yang tidak seberapa ini . *even memang blog ni langsung tak ada pembaca yang setia wahahaha --------> 'SAHABAT ' Dalam hidup korang pernah tak korang mengenali perkataan ini dan juga memahami perkataan ini.Saya percaya yang kebanyakannya mempunyai 'sahabat' tetapi sejauh mana kita ada untuk dia atau dia ada untuk kita.



Sebagai contoh,sedang kita mempunyai masalah yang sangat berat dan kita amat perlukan dia,tapi malangnya dia pula tiada dengan kita tika susah. Langsung tidak mengambil tahu tentang keadaan kita dan lebih parahnya meninggalkan kita dan pergi menemami teman yang laen. Adakah itu dikira sebagai sahabat? Sahabat yang hanya ada dengan kita waktu senang sahaja. Sebab apa? Mungkin hanya kerana untuk memanfaatkan diri kita waktu senang. Kadang-kala dia tinggalkan kita apabila dia sudah ada kawan yang jauh lebih bagus dan untong daripada kita. Itu ke namanya sahabat? Sahabat yang hanya menemani gelak tawa kita tapi tidak pernah menangisi akan masalah kita.


“Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cobaan, tetapi persahabatan
sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan bertumbuh bersama”

Sahabat yang setia adalah sahabat yang senantiasa ada dengan kita waktu susah atau senang , sentiasa memahami kita,membantu kita dan sentiasa membuat kita tersenyum. Indah rasanya memiliki sahabat yang sebegini rupa. Tapi dengan zaman yang serba moden ini dapatkah kita mencari the truthly friends . Mungkin hanya segelintir. Akan tetapi ingatlah jika jika kita mensia-siakan sahabat yang ada,lalu pergi mencari sahabat yang lain maka orang itu yang akan terkena balek dek kerana perbuatannya sendiri.

Moral of the values : Hargailah sahabat korang,jangan sia-sia kan mereka. Jangan apabila mereka dah tak ada dengan kita barulah terhegeh-hegeh nak cari okayy ? then , so long :))

No comments:

Post a Comment

kalau awak nak tahu. saya sayang sape rajin komen-2 blog ini.